Thursday, March 17, 2016

LATAR BELAKANG SK BUAYAN

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1967, atas inisiatif ketua kampung dan semua penduduk di sekitar kampung Buayan.  Pada awal penubuhan sekolah ini, bangunan ini hanya berdindingkan bambu dan beratapkan zink serta berlantaikan simen. Kerja membina bangunan sekolah ini adalah atas daya usaha semua penduduk kampung pada masa itu.

Encik Alexsius Mojulin merupakan guru besar terawal yang ditugaskan di sekolah ini. Beliau berkhidmat di sekolah ini dari 1967 hingga 1972. Di awal penubuhan sekolah ini, jumlah murid adalah seramai 67 orang murid sahaja.pada tahun 1971. Sebuah bangunan tambahan telah dibina bagi menampung keperluan semasa. Pembinaan bangunan tersebut ditanggung oleh Jabatan Pendidikan dan semua bahan binaan tersebut dihantar dengan menggunakan helikopter  tentera.

Pada tahun 1982, pihak sekolah memohon kepada Jabatan Pendidikan untuk membina semula bangunan sekolah yang telah uzur dan usang. Pada awal tahun 2013 jalan bertaraf JEP telah siap dibina sehingga sampai ke kawasan perkampungan Kg Buayan. Selain itu, pada 16 Januari 2013 juga berlangsung majlis penyerahan bangunan bilik darjah (empat bilik) , Bangunan kantin RMT, tandas dan dua buah rumah guru yang dibina berteraskan teknologi IBS oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Datuk Dr Puad Zarkashi pada ketika itu.

Selama sekolah ini beroperasi, kesemua pelajar terpaksa berjalan kaki meredah sungai, denai dan hutan tebal untuk sampai ke sekolah. Pada masa yang sama risiko pelajar berhadapan dengan ancaman seperti binatang buas, binatang berbisa dan banjir adalah sangat tinggi. Justeru itulah pada awal penubuhan sekolah ini masalah ketidak hadiran murid sangat tinggi setiap tahun.

Bermula awal 2014, guru-guru membawa pelajar tahun 6 untuk tinggal di rumah guru khususnya bagi pelajar yang tinggal jauh dari sekolah dibawah program “Anak Angkat”. Inisiatif ini diambil bagi memastikan peratus kehadiran pelajar ke sekolah khususnya tahun 6 pada tahun tersebut adalah pada tahap optimum. Hasil daripada usaha guru-guru ini, SK Buayan telah berjaya mencapai peratus kelulusan UPSR 100% (GPS 1.91). Selain peningkatan dari segi kehadiran murid khususnya tahun 6

Hasil daripada pencapaian akademik pada 2014 yang memberangsangkan dan peningkatan kehadiran murid ke sekolah pihak sekolah dan PIBG telah berkerjasama menyiapkan pagar asrama desa dan kantil yang diperbuat daripada bambu untuk digunakan oleh murid-murid bagi sesi persekolahan 2015. Namun pada tahun 2015 bukan hanya tahun 6 sahaja yang tinggal di asrama malahan murid dari tahun satu hingga tahun 6. Usaha ini telah membantu melancarkan program kelas tambahan petang dan juga malam. Selain itu, usaha ini memperlihatkan peningkatan kehadiran murid dari tahun satu hingga ke tahun enam.

Hasil daripada usaha ini, SK Buayan Penampang sekali lagi telah melakar sejarah apabila berjaya mengekalkan peratus kelulus UPSR 100% dengan peningkatan  kualiti (GPS 1.73). Sekali gus, SK Buayan Penampang berjaya berada pada kedudukan rangking pertama dalam daerah Penampang bagi tahun 2015. (Tarikh Kemaskini 17.03.2016)

No comments:

Post a Comment